Sunday, November 29, 2009

Kursus Asas Pertahanan Awam Negeri Perak Siri 2/2009


Pada 15 hingga 19 November 2009 berlangsung Kursus Asas Pertahanan Awam Negeri Perak Siri 2/2009 yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Kampar. Seramai 28 orang daripada 95 orang anggota adalah dari JPAM Daerah Ipoh yang telah mengikuti kursus ini. Pengisian kursus ini adalah berdasarkan subjek-subjek dalam Pertahanan Awam iaitu Kawad, Pertolongan Cemas, Melawan Kebakaran dan Menyelamat. Disamping itu juga, diselitkan juga slot untuk Ice-Breaking, Team Buiding dan Motivasi.

Logo KDN Baru

Dengan segala hormatnya dimaklumkan KDN telah memiliki logo rasmi dan bersama-sama ini disertakan logo berkenaan untuk kegunaan rasmi semua warga JPAM.


Sekian, terima kasih.